Followers

Sunday, May 31, 2009

Salam

Dalam banyak-banyak geng SIKAFAM nih, aku rasa aku la paling sikit wat entry untuk blog nih. Huhuhuhuh. Tak pa la. Nantikan kemunculan entry aku yang best. Tengah karang baik punya nih. Tapi lambat sikit la. Heheheh.

It's sad how times change....

It's sad when people you know become people you knew.. When you can walk right past someone like they were never a big part of your life.. And how you used to be able to talk for hours, and now you can barely even look at them..I dont understand how you can smile all day long but cry yourself to sleep at night.. How pictures never change, but the people in them do.. How you can love so innocently, but it can turn into anger so quickly.. How your best friend can become your worst enemy or how strange it is when your worst enemy turns into your best friend.. How forever turns into a few short months that you'd do almost anything to get back. how you can let go of something you once said you couldnt live without.. How even though you know letting go of something is best for you, it hurts just the same.. How the people who once wanted to spend every second with you, think a few minutes of their time is too much time to spare.. How the smell of a person stays with you even when they're gone.. How people make promises, and bear their souls to someone despite knowing how common it is for promises to be broken.. How people can erase you from their lives cause its just easier then working things out.. It's sad how times change..

Friday, May 29, 2009

Sedih..sedih.. =(

Betapa sedih ati ini.. byk gila aku karang cita sal cuti aku.. leh wat novel, elok2 nk pos leterik ilang. Ya allah, ampa bayang kn ati dan parsaan aku time 2, rasa nk tmpq ja sapa da kt ctu, jd aku pn tampaq la diri sndiri.. Huhuh

da, xmau karang panjang2, kaifaha luka (ati ku ini terluka) isk22.. Pa pn nk gtau, enjoy ar cuti ampa ngn seenjoy-enjoynya..

Pada room8 aku, jgn asik dok men bnda bulat 2 saja, wt ar bnda len sama.. Pilot kita, kptn..nnt kita wt jejak kasih g kt pekan...Wkaokaokaoka!!~... C miru lak, abskan lah masa ngn fmily, jgn dok wt toilet traning ja.. Hehehehehe.. Pda Melor, sori ar saya xleh g knduri awk, ada sumting yg xleh d elak.. lgi pn kami org bkn pnting pn, abg mega mall (kuantan) lg pnting.. Wahahaha, cik fiza, aku nk say sori ar xleh tgk no nek bas ari 2..ko salah kn c besaq 2..dia yg xsaba nk belah..heheh.. last sekali pada ibu tiri aku yang kuat pasan... sedar ar dri 2 yang awk 2 x comel.. pp je tmbm.. Hahahahha

K, 2 saja karangn aku.. nnt jmpa g..kot.. Da!!!~

Wednesday, May 27, 2009

kakakku nak kawen...

salam....
kepada semua y mngenali diri aku ni, silalh dtg ke walimatul urus y akan diadakan di johor....

hmm kepada sikafam, sy amat mngharapkan kedatgn anda smua...
hehehe...


ok...
chowz....

Tuesday, May 26, 2009

cuti....cuti....cuti.....

hye smua.....pekabor....?
mcm nie lah hdup kami kat mktb.....
pnuh dgn cti....sket2 cti....hehehe....
tp best gak....klu cti pnjg leh balik umah....
klu cti pendek leh blik bilik...rehat.....hehehe....
nie aku nak ckp pasal cti akhir sem nie....
aku harap smua kengkawan aku dapat la balik kg ngan selamat....
klu x selamat miskol aku...hahaha....dan dah balik tue kim salam la kat kuarga....
ckp kat mak ayh,sikafam kim salam....hahaha...
ntah la mak ayh phm kr x....tp sowh jr diorg wat2 phm...hihihihi
sbnrnya aku pon x tau pa nak tlis.....huhu...
tgh bosan nie...sj aku mrapu.....hehehe.....
haaa...pasal exam....aku hrp smua org llus.....
dgn cemerlangnya n bergaya.....aku pon berharap bg smua dak klas kta dpt anugerah pgrh...
tue pon klu lyk la......hehehe....dah ar bosan aku...bye...jupo lg sem dpn....klu aku hidup ag....

Monday, May 25, 2009

h0liday !





hoho.
exam sudah abis.
kami dah merdeka.
sudah bleh pulang ke kampung halaman.
walaupon sebenarnya ada rintangan.
tapi kami tempuh juga.
lantak la kat maktab.
dh bli tket dh.
nk blik gak.
haha.
ok lah.


kengkawan sumer ;
selamat menikmati cuti semester selama 3 minggu.
semoga berjumpa lagi pada semester hadapan ;D

enjoy your holiday !

akhirnya.....


salam wat semua teman..

da lme rsenye aku xmenulis kt blog nih..kewujudan blog nih trpkse dlpekn wat smntre wak2 yela semua cbuk nk mnghdpi krts2 exm..ase brde d mnggu yg agk tekanan jgk...otak spnjng due mnggu ni ase cm di pam tggu mse nk pecah je..huhuhu

mnggu ni (26/05/09) adlh mnggu trakhr ktorng brde kt ipgm tuk sem nih...skjp je mse brllu...ble pk2 pe yg aku n kekawan da wat spnjng sem nih..adkh ktorng bnyk wat aktvti yg brfaedah or bnyk hbskn mse yg brmkne ni cm2 je...tpi asenye bnyk gak ktorng luangkn mse brsme n mkmti keseronokn sme2 wlpun de jgk ckit2 mslh yg tmbul antre kite kn..tpi 2 seme xpe kdng2 mslh 2 akn mematangkn kte dn wat kn kte tuk brfikir akn klmhn dri kite sndri dn brusaha tuk membaiki diri demi kbhgian kwn2 kte...=)

xsbr asenye kn nk hbskn exm nih n cpt2 blk ke kg hlmn..nnt seme kwn2 akn blk ke kg msing2 lmbt n cpt je..korng jgn jeles aku akn blk awal dri korng...huhu..aku hrp korng seme akn slmt smpi ke dstnsi n dpt jmpe klrge korng yg trsyng...korng msti da usaha sebaik mngkin kn tuk exm nih...aku harap kite seme akn dpt kptsn yg memuaskn setimpl dgn usaha kite..sglnye kte tawakal kpd Allah sje...harap kite seme akn brjmpe n brkumpul d sem dpn seperti biasa...wlpun jauh d mata tpi korng seme dkt d ati...slmt brcuti..
shbt selamanya...


Friday, May 22, 2009

warkah seorang sahabat ~


Cuba anda bayangkan. Anda baru sahaja habis membaca bacaan surah Yassin yang di sedekahkan kepada arwah kawan anda. Bagi anda dia hanyalah teman sekelas sahaja. Tiba-tiba muncul seorang gadis yang tidak di kenali duduk di sisi anda. Dia menghulurkan anda sekeping kertas yang kumal kelihatannya. Dia mengkhabarkan kepada anda bahawa dia ialah kakak kepada arwah kawan anda itu.

Selepas itu dia meminta izin untuk meninggalkan anda. Anda cuba meneliti tulisan yang terpampang pada kertas itu. Alangkah terkejutnya anda. Arwah sahabat anda ada menuliskan sesuatu kepada anda, tetapi tidak sempat untuk diberikan kepada anda kerana kini dia sudah pun meninggalkan alam sementara ini. Anda pun membaca apa yang di tulisnya :

"Assalamualaikum sahabatku, Jika di ikutkan hati..aku tak sanggup beritahu semua ni..tapi aku tak tahan lagi untuk merahsiakan semua ni..tahukah kau??? Aku tengah sakit ni…bukan sakit hati tau..tapi doktor cakap aku ada penyakit ganjil..entah apalah penyakit aku ni…

aku tak fahamlah apa yang dia cakap…tapi apa yang aku tahu penyakit aku ni masih tak ketemui penawarnya…ishhh!!! Aku takut lah…aku harap kau jangan risau ya..Tapi aku tak tahulah…bila kau akan baca apa yang aku tulis ni..mungkin semasa kau baca aku dah takde kot…jangan sedih ya…ermm..sahabatku, kau perasan atau tak beberapa hari yang lalu…kau tak nampak aku

kot…semasa waktu pulang dari sekolah…sewaktu aku ingin turun tangga…aku nampak kau dekat koridor..aku nak tegur kau…tapi aku malu dan takut..nanti kau cakap aku ni terhegeh-hegeh ambil tahu semua pasal kau….semasa tu aku dah nak turun tangga tingkat empat…tapi apabila terfikirkan kau, aku naik semula tangga ke tingkat empat..aku melihat kau masih di koridor tu…

tapi kau sedang berbual rancak dengan teman-temanmu yang lain…aku malu jugak nak mencelah…supaya kau tak nampak bahawa aku ni naik semula ke tingkat empat semata-mata nak jumpa kau, aku cepat-cepat berlakon bahawa aku nak masuk semula ke kelas sebab nak ambil buku yang tertinggal…terasa malu pulak..

hmmm…tapi aku tak kisah semua tu…dan apa yang penting apa yang bakal aku beritahu ni…dah lama aku pendam…dan lama aku simpan perasaan ni…aku tak nak jadikannya sebagai pusaka lah…apa-apa pun, aku nak luahkan jugak..aku tak kisah, asalkan jika aku pergi…apa yang terbuku di hati sudah pun aku luahkan…

Sahabatku, Aku sangat menyayangimu…aku sangat merinduimu di kala aku kesunyian…tetapi aku tahu siapa aku…tidak layak bagiku untuk berkata begini…tetapi inilah perasaan yang subur di hatiku…terukir namamu indah dalam hatiku..sebagai sahabat sejatiku…setiap kali kau bersuara, setiaku mendengar agar tenang dan senang kau merasa..

setiap kali kau sakit,kecewa,risau dan takut…aku cuba untuk mendampingimu agar kau tahu bahawa aku jujur dalam persahabatan ini…Tetapi di matamu, aku hanyalah orang awam sahaja dalam hidupmu…aku bagaikan melukut di tepi gantang…aku ada..aku tiada..semuanya sama bagimu…Aku tidak kisah semua itu sahabatku…kerana aku masih bersabar..

aku berdoa agar pintu hatimu terbuka untuk menerimaku…aku akan bersabar hingga ke akhir hayatku…akhir kalam,kutegaskan sekali lagi perasaanku ini…aku menyayangimu..aku merinduimu.ku mohon dan berdoa agar persahabatan kita kekal dunia akhirat..aku terpaksa pergi dulu..ibuku sedang memanggilku…aku terpaksa pergi ke hospital sekarang juga…aku pergi dulu sabahatku tersayang…sekian sahaja, wassalam…
Daripada, Sabahatmu… "

Apakah perasaan anda sesudah sahaja membaca warkah ini. Tiada perasaan?? Merasakan bahawa semua itu hanyalah fenomena biasa,yang hidup akan pergi jua. Atau pun menyesal dengan sikap anda terhadapnya selama ini. Tetapi nasi sudah menjadi bubur. Apa yang mampu anda lakukan kini adalah mensedekahkan bacaan kalamullah kepadanya. Oleh itu, hargailah sahabat yang hadir dalam hidup anda.

Saya sayang sahabat2 saya :)


Thursday, May 21, 2009

usaha + doa + tawakal

Skang ni ktorg tgh exam..
Xde mse nk tulis kt blog..
Al maklumlah, bz study..haha koya..;)

Buat geng2 pulun..gud luck buat korng sume..
buat yang terbaik..study smart..
semoga korg sume berjaya dlm exam ni..
Wish all of you the best of luck..
Gambate!

-Sekian-

Tuesday, May 5, 2009

Siapa kita ??


Siapakah orang yang sombong?
Orang yang sombong adalah orang yang diberi penghidupan tapi tidak mahu sujud pada yang menjadikan kehidupan itu iaitu Allah Rabbul Alaamin, Tuhan sekalian alam. Maka bertasbihlah segala apa yang ada di bumi dan langit pada TuhanNya kecuali jin dan manusia yang sombong diri.

Siapakah orang yang telah mati hatinya?
Orang yang telah mati hatinya adalah orang yang diberi petunjuk melalui ayat-ayat Qur'an, Hadith dan cerita-cerita kebaikan namun merasa tidak ada apa-apa kesan di dalam jiwa untuk bertaubat.

Siapakah orang dungu kepala otaknya?
Orang yang dungu kepala otaknya adalah orang yang tidak mahu lakukan ibadat tapi menyangka bahawa Tuhan tidak akan menyiksanya dengan kelalaiannya itu dan sering merasa tenang dengan kemaksiatannya.

Siapakah orang yang kuat?
Orang yang kuat adalah orang yang dapat menahan kemarahannya ketika ia dalam kemarahan.

Siapakah orang yang lemah?
Orang yang lemah adalah orang yang melihat akan kemaksiatan di depan matanya tidak sedikit pun ada kebencian di dalam hatinya akan kemungkaran itu.

Siapakah orang yang bakhil?
Orang yang bakhil lagi kedekut adalah orang yang berat lidahnya untuk membaca selawat keatas junjungan Rasulullah SallAllahu Alaihi Wasallam.

Siapakah orang yang buta?
Orang yang buta adalah orang yang tidak mahu membaca dan meneliti akan kebesaran Al Qur'an dan tidak mahu mengambil pelajaran daripadanya.

Siapakah orang yang tuli?
Orang yang tuli adalah orang yang di beri nasihat dan pengajaran yang baik namun tidak diendahkannya.

Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman Alaihissalaam.

Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia berkata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang menangis airmata mutiara?
Orang yang menangis airmata mutiara adalah orang-orang yang sedang bersendiri lalu mengingat akan kebesaran Tuhan dan menyesal akan dosa-dosanya lalu mengalir airmatanya.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak loba akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang pandai?
Orang yang pandai adalah orang yang bersiap siap untuk hari kematiannya kerana dunia ini berusia pendek sedang akhirat kekal abadi.

Siapakah orang yang bodoh?
Orang yang bodoh adalah orang yang beriya-iya berusaha sekuat tenaga untuk dunianya sedangkan akhiratnya diabaikan.

Siapakah orang yang maju dalam hidupnya?
Orang yang maju dalam hidupnya adalah orang-orang yang senantiasa mempertingkat ilmu agamanya.

Siapakah orang-orang yang mundur hidupnya?
Orang yang mundur dalam hidupnya adalah orang yang tidak memperdulikan akan halal dan haramnya akan sesuatu perkara itu.

Siapakah orang yang gila itu?
Orang yang gila itu adalah orang yang tidak sembahyang kerana hanya dua syarat saja yang memperbolehkan akan seorang itu meninggalkan sembahyang, pertama sekiranya ia haid dan kedua ketika ia tidak siuman akalnya.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikkan.

Siapakah orang yang selalu ditipu?
Orang yang selalu di tipu adalah orang muda yang menyangka bahawa kematian itu berlaku hanya pada orang tua.

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan diperluas saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.

Sama-sama kita renungkan...:)

S A H A B A T


Siapakah yang dikatakan sahabat? Adakah perlu dia kaya dan segak? Apakah perlu dia pandai mengambil hati? Mestikah dia tidak mementingkan diri sendiri? Atau.. Sahabat ialah orang yang sekepala dengan sahabatnya? Satu hala tuju dan matlamat yang selari?

Mestikah dia mengetahui kegemaran sahabatnya? Atau.. Adakah orang yang dapat gembira suka dan duka bersama? Membantu bila sahabatnya kesusahan? Atau.. Seorang sahabat ialah orang yang menjaga sahabatnya dari kemurkaan Allah? Dia menegur apabila sahabatnya lupa.. Pastinya dia orang yang menyayangi sahabatnya seperti menyayangi dirinya..

Kenapa mesti kita bersahabat???

1. Sebagai seorang manusia kita tidak dapat hidup bersendirian, kerana manusia dengan sifat kurniaan Allah itu saling perlu memerukan. Ibaratnya tidak ada diciptakan juga daripada golongan Adam sahaja tetapi diciptakan juga dari golongan Hawa. Kerana sudah menjadi fitrah manusia memerlukan teman..

2. Sahabat adalah cermin diri kita. Jka kita bersahabat dengan orang jahat,maka kita pasti dicerminkan sedemikian. Jika bersahabat dengan orang yang soleh, maka kita juga pasti dicerminkan sedemikian. Oleh yang demikian, pilihlah siapa sahabatmu..

3. Islam menganjurkan umatnya supaya memilih sahabat yang baik. Pilih sahabat yang baik seumpama jika kita berkawan dengan pelebur besi, maka kita pasti mendapat percikan api. Tapi jika berkawan dengan penjual haruman, maka kita pasti berbau harumannya.. Dan pohonlah kepada Allah supaya Allah mengurniakan kita sahabat yang boleh membawa kita untuk mendapat keredhaanNYA...

p i c n i k ;p

Salam semua..

Haa..Kali ni bkn nk cte psl sesiapa or psl big lg tp aku nk cite psl jamuan klas ktorg..huhu..Mse ari pekerja aritu ( 1 Mei ) klas ktorg wat jamuan kat Lata Tembakah yang kemudiannye tbe2 jek kne tukar tmpat kat Lata Belatan plak..ni sume gara2 misunderstood antare k.u kami ngn tutor kami..huhu sebenarnye ktowg tak rancang pon nk wat jamuan kat Lata..kami geng2 pulun ni dah ade plan dah nk g La Hot Spring tp tbe2 mse ari kamis tu en. kam membuat satu pengumuman yang x berapa nak mengejutkan la..tbe2 je ckp nk wat jmuan ari Jumaat pastu siap nk tempah coaster lg..dalam mse yg sme gak mse tu ade dak2 klas yg len dh blk bilik sbb nak blk kampung..al maklumlah, waktu cti kan..kami geng2 pulun ni kebanyakkannye perantau cme dak gelap ( amer ) sorg ni je la dak klantan..so nk blk pon kne pkir 4 5 kali..hahaha tp xpe, ktowg ni ikut je cdgan en. kam tu..Nak dipendekkan cite..dak2 yg nk blik tu trpakse di halang pulang ke kampung masing2..walaubagaimanapon, ade gak yg berkeras nk blik sbb ade hal..tu xpela kn..peduli la kt dorg..ktowg dh gtau..trpulang pd dorng nk ikt ke x kn3..xpakse pon..tp ade gak la yg trpakse ikt tu buat mke kat ktowg..pdhal bkn ktowg pon yg pkse dorg g..ktowg pon bkn nk sgt g tp disebabkan kami ni agk bek la kot + pulun..kami pon g la prepare barang, g bli barang, cari barang...name pon geng pulun kan..huhu..xde pon berkre walaupon ade la yg wat mke kt ktowg ni..tp aku sgt2 la berterime kasih kpd dak2 kls yg bg kerjasame utk jamuan ni walaupon jamuan ni sbnrnye jamuan " kelas" kan..yg xwat pape tu pon time kasih gak..:) ckupla cte psl sblum g ek..
ni cte mse smpai kat lata lak..mse ktowg smpai kat Lata Belatan tu agak lewat gak ar dr yg dijangkakan sebab dh kne pth blk kn dr Lata Tembakah tu..agk jauh gak ar..pastu nk siapkan tempat tuk bakar ayam lagi..mmg lambat ar..tp alhamdulillah la sbb mse kt cni sume bg kerjasama..sume sme2 pnat tp ktowg still brsngguh2 mmbkar ayam..huhu pas mkn tu ktowg maen air plak..aku ngn mlor..pastu geng pulun yg lain..best gle..dh la air sejuk..menyamankan..mle2 tkut gak nk masuk sbb ade mlor kn..tkt air cetek..tp xpon..hahaha nsb baik..
Dalam kol 5 ptg tu ktowg bergerak pulang ke maktab..masing2 dh penat..byk mknn lebih tp xabs pon sbb malam tu sume org pengsan..sumenye dh melayari bahtera dh xpk dh psl makanan yg kesedihan sbb dibiarkan begitu je..ksian kt makanan2 tu..huhu
k, la..xtau dh nk cite pe..mcm dh byk je cte..sbnrnye jmuan ni tujuannye nk mengeratkan silaturrahim antare ktowg sekelas tp xtau la berjaye ke x..huhu tp xpela..think positif..kat dunia ni ade mcm2 ragam manusia..ade yg kte suke n ade yg kte xsuke..lumrah kehidupan..renung2 kan dan selamat beramal..;D
Sekian, wassalam..

Ni gambar2 yg ktowg sempat amik mse kt Lata Belatan :


Najat & Melor kat Jambatan Gatung






Monday, May 4, 2009

assalamualaikum..

hye...

korg nk tau tak..
aku slalu pkir psal bnd n tmpt ni..
aku slalu wat bnd ni n slalu gak r g ke tmpat ni..
hehehehe..
tp aku malu nk gtau...
hehehe..
tp tk pe...aku try..tp ckt je lerr..
hehehe..
aku suka g tmpat ni....suka sgt2..
ble aku g sana aku dpat jmp ngan kwan2 aku.....n..
bile g sana idop ni cm tk de mslh...
erm....
kat sana...ktowg gelak ktawa..bncang sal future...hehehe..n...cm2 lg la..
sronok..
huhuhuuhu....
kdg2 tu.....
ktowg ada wat cm...
cm pe ni..
cm..satu ari tu ktowg bkumpul rmai2..n..dscus sal bnd yg kitowg nk dscus..bkn ngumpat tau..
hehehe..
sronok..
pastu byk gak r aktiviti yg ktowg wat..aktiviti air n darat pown ada...btol ni..!! tak tpu r...
tp...
ada prob nye nk wat bnd ni..
prob nye...
nk g ke tmpat tu ssh ckit..
nk kata jalan tk de..
jalan ok..
brturap n brsimen lg tu..hehe
nk kata luar negara..tak..
cz ye kat dlm ngara...
tk tau r nape....!!!
myb..
MALAS nk g KOT..!!
hehehe...
so skang ni, aku duk pkir cm ne nk wat bnd ni slalu d ati aku..
tlg la aku..huhuhuh..

aku rse stakat ni je la..
cz aku tk de cter sgt yg nk d cter kn..
aku tlis bnd ni pown cz aku boring sgt2..
hehehehe...
pe2 pown aku arap aku dpt bwak kwn2 aku yg len pegi kat tmpat yg aku ckp tu..
hehehehehehe....
blh r jmp ngan kwan2 aku tu..
blh r kt wat aktiviti..
hehehehe.....
ok....

layannnnnnnNNnnn.....!!!!!

w a s i a t.

Sebelum imam syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat islam seluruhnya. berikut ialah kandungan wasiat tersebut: ' barangsiapa yang ingin meninggal dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamal sepuluh perkara.'

1. HAK KEPADA DIRI
> mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki.

2. HAK KEPADA MALAIKAT MAUT.
> mengqada kewajipan2 yang tertinggal, mnedapat kemaafan dari rang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada ALLAH.

3. HAK KEPADA KUBUR.
> membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat tahajud dan membantu orang yang dizalimi

4. HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
> x berdusta, sentiasa berakata benar, meninggalkan maksiat, nasihat menasihati.

5. HAK KEPADA MIZAN
> menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan, dan sanggup menanggung kesusahan.
6. HAK KEPADA SIRAT
> membuang tabiat suka mengumpat, besikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

7. HAK KEPADA MALIK
> menangis lantaran takut kepada ALLAH. bebuat kepada ibu-bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperbaiki akhlak.

8. HAK KEPADA RIDHWAN
> berasa redha dengan qada' ALLAH, bersabar menerima bala, bersyukur atas nikmat ALLAH dan bertaubat dari melakukan maksiat.

9. HAK KEPADA NABI MUHAMMAD S.A.W
> berselawat keatas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-sunnah, menyayangi para sahabat dan bersaing mencari keredhaan ALLAH.

10. HAK KEPADA ALLAH S.W.T
> mengajak manusia kearah kebaikan, mencegah manusia daripada kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.



Rasulullah s.a.w besabda:
" sampaikan pesananku biarpun dengan sepotong ayat "