Followers

Saturday, June 6, 2009

Trip to Kuantan

Benda ni planing dah lama dah. Cuma nak buat taknak buat je. Mula-mula cadang nak pegi KT je tapi tetiba lak kuar dari mulut si K nak pegi Kuantan. Dia mula buat lawak je tapi yang lain amik serius( tak semua ada masa perbincangan ni, yang ada S, A, M, K). Pastu kami pon jadi la nak pegi Kuantan. Pengumuman pon dibuat la kepada SIKAFAM tapi ada pulak yang tak boleh nak pegi. Sebab ada alasan-alasan tertentu, so depa tak jadi la pegi. Si F nak balik umah dan si A nak balik umah gak. So, tinggallah si S, I, K, A, dan M. Pastu kami pun pegi la sewa keta kat Kedai D IPSMB. Pastu ada satu malam tuh, aku tetiba lak rasa macam taknak pegi. Hati aku berbelah bagi la nak pegi ke taknak. Ni semua pasal duit la. Takkan xdak duit pon nak pegi jgk. Nak isi minyak xkan nak pakai air kot. Duit aku dalam BSN tinggal cukup2 je kot utk minggu2 terakhir sem nih. Aku pon habaq la kat geng2 SIKAFAM yang nak pegi nih. Depa pon agak kecewa la dengan apa yang aku habaq kat depa (nampak sangat aku ni org penting). Aku pon habaq la kat depa nanti la aku wat solat sunat istiharah(tak buat pon). Pastu ada la satu hari tu, aku ngan si S, I dan Lan kuar makan kulat. Kami pon p la bank dulu. Aku try la tengok kad Bank Islam aku. Sebab BSN aku dah nak abis so aku kena la guna yang emergency punya. Aku taknak mintak duit pak aku. Kesian kat dia. Hahahah. Aku pon cucuk la kad Bank Islam. Tengok-tengok ada banyak lagi. Hehehehe. Aku dengan senang hati buat keputusan yang aku konfem p Kuantan dengan geng2 yang ada nih. Hehehehe. Pastu aku pun habaq la kat depa. Depa pon kembali ceria seperti dulu kala dan sedia kala. Pastu lebih kurang sehari ke dua hari nak bertolak tuh, ada problem la plak. Si I x boleh nak pegi sebab dia ada futsal. Huhuhu. Pastu dia pon ada plan yang agak tak best ar bagi aku(best kot bagi dia). Kami p Kuantan balik hari je kalau dia nak ikut. Huhuhuhu. Mana best camtuh. Pastu dia kata, kalau kami nak p tido, dia tak boleh ikut la. Ish2. Banyak tol problem. Pastu setelah difikirkan masak-masak, dia pon tak jadi la pegi. Tinggal la kami 4 orang je. Kebetulan lak keta yang kami dapat tu keta Kancil. Lagi la. Kalau si I ikut, macam mana nak susun kedudukan budak laki 3 orang, budak perempuan 2 orang. Takkan nak bagi budak pempuan drive kot? Aku bukannya tak bagi pempuan drive. Cuma bagi aku, aku rasa tak best sebab satu depa pengalaman tak banyak lagi dan kami ni nak jalan jauh. Yang paling penting ialah, aku tak konfiden dengan cara pemanduan depa berdasarkan pengalaman-pengalaman aku yang sebelum nih(jujur nih, budak2 pempuan jgn marah kat aku lak). So, dijadikan cerita, 2 laki depan dan 2 pempuan kat belakang. Molek dah tu. Plan dia macam nih. Kami bertolak dari maktab pagi Jumaat dan akan bertolak balik dari Kuantan petang atau malam Sabtu. So, sampai maktab hari Ahad pagi. Ahad tu cuti, so kami taknak la rush sangat. Heheheh. Opps. Sebelum tuh, aku tak habaq lagi tujuan kami semua ni nak p ke Kuantan nih. Ada banyak kot tujuan. Hehehehe. Yang pertama sekali, macam yang aku habaq tadi. Kami mula2 nak p KT sebab nak jalan2 je dan si S nak beli power supply dia yang dah jahanam tuh(padan muka dia dan padan muka aku jgk sebenarnya sebab aku xleh main game). Sejak power supply dia jahanam, dia jadi x keruan. Macam orang gila la. Dok melilau x tentu arah. Hahahahah. Padan muka kita si S. Ok2. Sambung kepada tujuan kedua plak. Kami ni dah lama kempunan nak tengok wayang. Heheheh. Kat Kelantan dan Terengganu ni mana ada panggung wayang. So, nak p tengok wayang kena la p Kuantan. So, memang molek dah tujuan kami nih. Ada lagi tujuan lain, kebetulan kampung aku dan kampung si A ni dkt Pahang iaitu Pekan. So kami nak balik la jumpa sedara mara yang lama tak jumpa. Sedara mara aku ni bersepah2 kat Pekan dan Kuantan tuh. Ok, banyak sangat aku melalut nih. Sebelum tu, masa kami nak p amik keta tuh, kami p la jumpa Abg D kat koop atau kedai dia. Kami habaq la kat dia yang kami nak keta yang elok punya sebab nak jalan jauh nih. Pastu abg D habaq keta yang paling elok tu iaitu TAR berapa ntah dah ada org amik utk sebulan kot. Kami pon frust la. Dia bagi keta Wira. Wira tu kami dah penah pakai. Ok tu memang la ok. Tapi kalau dia lalu bumper ja, mesti sangkut. Macam nak luruh enjin tuh. Huhuhuhu. Aku ngan si S la yang testing keta. Pusing2 maktab kejap ngan keta Wira tuh pastu kami decide nak amik keta Wira je la. Luas pon luas gak. Pastu masa nak p konfem keta tuh, kami perasan ada satu keta Kancil yang baru sampai. Nampak ok je keta tuh. Kami pon amik keta tu la nak jadikan cita. Hehehe. Pastu, kami pon balik la bilik dan mengkonfemkan perjalan kami ke Kuantan tanpa 3 orang lagi geng kami. Nak wat cmna, dah takdak rezeki nak pegi sekali. Takpa, lain kali kita p lagi jauh weh. Hahahah.

Esok pagi, aku ngan si S ni bangun awal la jugak nak p panas enjin keta. Nak jalan jauh la katakan. Kami pon buat la preparation apa yg patut. Cek tu la, cek ni la. Siap bawak mekanik kami lagi tuh iaitu Encik Daud, pemilik moto TZM bernombor plat JDM apa ntah yang kecewa motonya tidak boleh jalan selalu sebab asyik jahanam dan peruntukan kewangan untuk membaiki selalu kurang. Hahahah. Panjang plak huraian aku kat Encik Daud nih. Tapi tima kasih kepada encik Daud kerana beliau telah meluluskan keta Kancil kami untuk menempuh perjalanan yang jauh. Heheheh. Pastu macam biasa la, mesti budak laki yang tunggu budak perempuan. Memang dah jadi tradisi la. Kami pon tunggu la budak2 tu dengan penuh kesabaran di hati ini. Akhirnya sampai gak depa ke destinasi iaitu belakang kafe maktab, bukan Kuantan ye. Dah setel2 semua tuh, kami pon jalan la dan kami pon pegi la bank dan isi minyak. Bukan minyak je, angin dan minyak hitam pon kami nak isi gak. Hehehe. Pastu si S pon pegi la beli minyak hitam. Masa nak isi tu, kan kena cek dulu dia punya level kan? Aku pon tarik la dia punya btang tuh dan suruh la si M nih, cari kain buruk kat belakang but keta tuh. Pastu hangpa nak tau x dia bg kat aku apa? Dia bagi la kain tuala si S yang memang buruk daripada kain buruk tu kat aku. Aku pon gelak la kat dia. Si M ni, x caya lak yang tu tuala si S. Pastu si S sampai dan mengambil tuala itu. Hahahahha. Tu la si S. Aku dah habaq dah. Mesti depa kata tuala tu macam kain buruk punya la. hehehehe. Padan muka hang. Pastu kami isi la minyak hitam tuh macam biasa. Di sinilah bermulanya perjalanan kami ke Kuantan. Kami decide nak ikut jalan pantai sebab best dan x boring sebab boleh tengok pantai. Kalau lalu jalan dalam, asyik nampak hutan je. Aku ngan si S pon dah pakat yang aku akan bawak masa pegi dan masa di Kuantan. Pastu si S akan bawak masa balik dan kalau masa nak balik tu dah malam, aku plak yang akan take-over. Kira aku pilot la dan si S ni co-pilot aku la. Heheheheh. Kami pon meneruskan la perjalanan kami. Sampai di KT, kami amik jalan ikut Marang. Takmau la lalu jalan Jabor. Hutan je wat pe. Baik ikut pantai. Best pon best. Aku pon ikut la jalan Marang. Sikit-sikit aku boleh ingat dah. Aku penah lalu jalan Marang nih tapi masa umur aku 15 tahun dulu atau waktu Form 3 la. Tapi ingatan aku masih kuat dan segar lagi. Eh2. Sebelum tuh, kami singgah Masjid Kristal dulu. Sebab ada orang dok kempunan nak pegi jejak dan tengok masjid tuh. Kami pon kona la kat masjid tuh. P la turun kejap dan amik2 gambaq. Aku plak tengah bengang pasal kamera aku nih. Semalam kamera aku, aku bawak pegi pantai sebab kami nak main wau. Lan, Daud, si S skali la ngan aku. Pastu Daud pon amik la gambaq. Tau2 bateri abih sebab ssebelum nih, Kuang yang pinjam. Aku lupa nak cas. Pastu dah abih main wau, Daud p simpan kamera tu kat dia. Aku pon lupa la nak amik nak cas. Pastu esok pagi nak jalan baru la aku teringat. Huhuhuhu. Hampeh tol la. Masa nak p KL pon jadi camnih jugak. Takpa la, dah takdak rezeki. Ok2.


Di Masjid Kristal

Si A dan si S

Pas masjid nih, kami pon terus la ke Kuantan. Masa on the way tuh, ada orang merengek dan mengomel kelaparan la pulak. Sapa lagi kalau bukan si M yang g@#$k. Heheheheh. Jangan marah ha. Si A pulak mencadangkan la beberapa tempat yang boleh diberhentikan untuk makan. Malangnya si A nih, setiap kali dia habaq je kedai mana yang nak aku berenti tuh, dekat2 baru la dia nak sebut. Jadi, asyik terlepas je la. Brapa kedai ntah. Aku rasa dalam 3-4 kedai jugak la kot. Pastu kami wat dek je la dengan perut nih dan decide nak makan lepas aku n si S solat Jumaat. Kami pon jalan la lagi sampai la ke Kemaman. Kemaman plak, kami singgah solat kat Kemasik. Aku ngan si S pon p la solat dengan meninggalkan bdk2 perempuan dalam keta yang diparking dalam masjid tuh. Kami pon solat la macam biasa. Pastu dah abih solat, kami pon kuar la masjid. Tengok2 keta dah ilang dah. Aku dok ingat depa p parking belakang masjid. Aku pon p la tengok dan kat belakang masjid pon xdak. Ha, sudah. Mana plak depa ni pi? Aku ngan si S ni pon tunggu la kat depan masjid. Henset pon kami tinggal dalam keta. Macam mana nak contact. Bengang gak la kami time tuh. Pastu dengan selambanya kami tengok depa balik dari mana ntah. Dengan senyum kambing ala kerang busuk tuh, depa pon kata la depa p jalan sat n lepak kat pantai sebab tempat yang kami dok parking tuh penhu ngan budak laki. Aku pon terima je la depa punya alasan. Logik gak la. Tapi kalau boleh, jangan la pegi jauh sangat. Parking kat depan dan luar masjid tu kan ada. Teduh pon teduh. Buat aku risau je. Takpa la, benda dah lalu. Hehehehe. Pastu depa lak solat. Aku ngan si S plak yang kena tunggu depa. Kami pon lena la sat tapi aku xleh lena pon. Si S ni memang lena baik punya la. pastu depa pon abih la solat. Kami pon teruskan la perjalanan. Sebelum tu, kami p tengok dulu tempat pantai yang budak2 pempuan tadi ni dok lepak. Pastu alang2 ada kedai makan plak kat situ, kami pon terus la makan. Pas makan tuh, kami teruskan la perjalanan kami. Kami dah dekat Kemaman dah dan tak jauh lagi Kuantan sebab dah sempadan Pahang Ganu dan Kemaman nih. Aku pon dah mula recognize balik jalan2 kat situ. Sebab dulu pon aku dok Kemaman. Pastu kami pon sampai la Kuantan dan sampai kat pelabuhan tuh, kami ikut jalan pantai lagi. Sebab aku nak singgah umah kak sedara aku sat. Kalau ikut jalan belakang tak lalu la umah dia. Umah dia kat Sungai Karang Darat, Beserah(betol ke eja cmnih). Kami pon singgah la umah dia jap. Pastu kami pon teruskan la perjalanan ke Teluk Chempedak atau TC. Xdak apa yang best pon kat situ.


Di pantai Teluk Chempedak

Merenung masa depan yang tak berapa nak pasti lagi

Si A dan Si M

So, kami pon masuk la ke dalam bandar dan ingat nak pusing2 dalam bandar Kuantan jap tapi dia punya jam bukan main teruk lagi. Kebetulan lak kami jumpa sorang mamat nih. Dia budak maktab gak tapi yang bestnya dia dok bawak keta dan ada sorang pempuan dalam tuh. Aku x brapa nampak la sapa dai sebab budak pempuan tu dok kalih belah sana. Dan aku jugak xmau la sebut sapa dia budak maktab tuh nanti kesian lak kat dia. Heheheheh. Tapi dia bukan budak batch kami la yg pasti. Ok, pastu Mak Chor(orang kedah panggil mak chaq) aku nak jumpa lak kat Giant. Aku pon bawak la keta p Giant. Pastu jumpa kejap Chor. Sembang2 pastu kami pon teruskan la perjalanan ke tempat isitirehat kami iaitu daerah Pekan. Kat Pekan nih, aku dan si S akan tido kat umah nenek aku kat Kampung Ketapang Tengah. Manakala si M dan si A pulak akan tido kat umah si A ni la kat Kelat Rendang. Mula2 sampai tuh, kami pi umah kakak si A dulu dekat2 dgn Peramu. Pastu kami terus p ke umah nenek aku kat Ketapang. Pastu baru kami nak antaq bdk2 pempuan kat umah si A. Sampai2 je, si S ni jari dia kena kepit plak kat keta Kancil tuh. Si M punya pasal la nih. Pastu nasib baik xdak apa2 sangat. Sembang2 dan makan2 skit kat umah nenek aku. Pastu kami pon p la antaq balik depa nih kat umah si A. Sampai situ, sembang2 lagi dan makan2 skit. Pastu, aku ngan si S ni pon balik la ke umah nenek aku untuk berehat dan tido. Heheheheh. Pastu pada pagi esoknya, aku cadang nak p umah sedara aku ni kat kampung tu jugak. Pastu sowh abang sedara aku yang sorang lagi nih p umah tu jugak. Boleh gak jumpa. Dia ni baru kawin. So, aku ngan si S pon pegi la umah sedara aku. Tunggu lama jgk la nak jumpa abang sedara aku nih. Pastu time tuh, si S ni plak boring. Dia nak bawak keta p jalan2 pusing kampung. Aku pon bagi la kunci kat dia. Kalau sesat, lantak hang la si S oi. Abang sedara aku pon sampai la kat umah tu dan sembang2 sat. Pastu aku sowh si S nih patah balik dari jalan2. Dia pon patah balik dan kami pon balik la ke umah nenek aku. Sampai umah nenek aku, auntie aku tanya nak balik bila. Aku cakap la nak balik dah ni. Huhuhu. Pastu lepas salam2 semua, aku ngan si S pon bertolak la ke umah si A. Sebelum tuh, kami p jalan2 dulu. Kami p padang polo. Dekat ngan istana padang ni. Pastu amik2 gambar.


Hasil kerja tangan Encik Abdul Wahid

Pastu dah abih boring dah, kami pon terus p umah si A nih. Sampai2 kat umah dia, dia pon baru sampai ngan mak dia. Depa p mana ntah. Pastu kami pon p la makan kenduri kat sebelah umah dia tuh. Makan2 pastu kami rehat sat kt umah si A nih. Bdk2 pempuan dok siap2 nak bertolak. Si S ni dan lagi tidoq. Aku baring2 ja. Pas dah siap2 semua, kami pon bertolak la ke Kuantan. Goodbye Pekan. Lain kali aku mai lg. Tapi mesti tiap2 taun aku mai punya. Toksah risau la. Heheheheh. Sesudahnya kami sampai kat Kuantan tu, aku nak p umah makcik aku dulu kat Sg. Isap. Heheheh. Bdk2 ni dah bising plak. Lantak hangpa la. Aku nak p sat ja tapi dah kena ayaq la apa la, dah jadi lebih skit. Hehehehe. Pastu, kami pon terus la pegi ke umah si kecil atau Sarah. Umah dia kat bukit Setongkol. Kat mana pon aku xtau. Sebelum kami blah dari umah makcik aku tadi tuh, kami tanya dia macam mana nak pegi kawasan tu. Pastu dah tau jalan, kami pon p la. dah sampai ke Bukit Setongkol, kami pon call la si Kecil. Nak cari umah dia nih, punya la susah. Huhuhuhu. Masa nak cari tuh, aku dan lagi melepas angin dan mengamuk la budak2 dalam keta nih. Hahahahaha. Padan muka hangpa. Sori la, bukan aku sengaja nak lepas. Benda ni bukan kita yang control. Hahahahah. Pastu kami pon jumpa la umah si Kecil ni. Kami lepak2 jap kat umah si Kecil nih. Kejap bendanya, si S dan lagi makan nasik, aku dan lagi buang ayaq, si M dan si A dok solat. Kami ajak si Kecil kuar skali ngan kami. P jalan2 kat bandar. Dia pon setuju la. Pastu kami pon kuaq la jalan.


Si A, si Kecil dan si M

Mula2 kami p kat mana ek. Megamall kot. Aku tak ingat la nama tempat tuh. Mula2 nak tengok wayang kot kat situ pastu tak jadi sebab apa ntah. Aku ikut ja budak2 nih. Hehehehe. Pastu si M ni plak ada nak jumpa kawan dia. Heheheheh. Sapa kawan dia tu kami tak kenal la kan. Dia punya jantina pon tak akan didedahkan untuk keselamatan. Hahahahah. Pastu kami tinggalkan si M dengan kawan dia dan kami pergi ke mana ntah. Kawasan komputer gak la. 101 kot. Pastu kat situ la si S beli dia punya power supply utk komputer dia. Pas2 beli tu si M say goodbye tu kawan dia dan kami pon bergerak pulak ke Kompleks Teruntum untuk survey wayang plak. Hehehehhe. Sampai2 kat Kompleks Teruntum, kami pon p la tengok la cita apa yang ada. Bdk2 ni nak tengok cita Jangan Tegur. Tapi cita tu ada petang je. Malam takdak. Hahahahah. Padan muka hangpa. Aku memang x minat cita2 macam tuh bukan sebab aku takut tapi ada la sebab lain. Hehehehehehe. Ok. kami survey la cita apa dan kul brapa. Pastu tengok cita X-Men kul 9.30 malam kot. Plan kami, pas Maghrib nak p makan dan pas makan kami terus p tengok wayang. Ingat ye, malam tu kami plan memang nak nak bertolak balik ke maktab. Dan mula2 kami stick dengan plan tu. So, kami pon p la solat kat bawah tuh. Kemudian, aku bawak depa p ke Tanjung Lumpur. Special tempat nih sebab ikan bakar dia memang aku rasa antara yang best la kat Malaysia. Hahahaha. Tapi slack satu benda ja. Kat sini depa tak cicah ngan ayaq asam. Depa cicah ngan kicap ja.huhuhhhu. Tapi x kisah la kan. Ada satu lagi benda yang penting untuk makan malam nih. Aku yang akan belanja depa semua. Hahahahah. Dah dapat gaji la katakan. Aku pun bawak la depa ke Restoren Ana Ikan Bakar Petai. Aku penah makan kat sini dengan family pak Ngah aku dulu. Memang sedap gila la. Harga aku tak pasti sebab dia yang belanja. Tapi aku rasa cukup kot. Aku ngan si Kecil pon pgi la pilih lauk apa nak makan. Depa yang lain pegi pilih tempat. Aku ni macam pak depa plak. Si Kecil ni nak kata macam mak xtau la sebab dia ni kecik je(suara Aiman tak kisah). Hahahaha. Tak kisah la apa2 pon. Aku ngan si Kecil pilih ikan apa ntah, ikan pari, dan sotong. Kami wat ikan tu bakar dan sotong wat goreng tepung. Pastu kami naik la ke atas di mana meja kat atas takdak kerusi. Kita bersila atas lantai. Heheheh. Tu yang special tuh. Kami order air dan sebagainya la untuk memuaskan nafsu makan kami. Hahahahah. Pastu masa dok tunggu makanan dan minuman tuh, kami amik la gambaq2 dan aku siap bagi ceramah motivasi lagi kat depa nih. Tak caya? Nanti aku tunjuk gambaq2 tu kat bawah nanti. Hahahaha. Pastu ada sorang baby kecik nih, datang merayap kat kami. Pasti si A ni amik la budak kecik tuh. Tadi budak tu, bukan main lagi kuat nangis pastu si A ni amik dia, senyap terus. Boleh jadi mak dah dia nih. Hahahahah. Layak2. Pastu mak aku call. Dia tanya la nak balik bila, aku kata la nak balik malam ni pas makan2. Dia kata bali kesok je la. tido la umah kawan dulu. Aku kata insyallah. Aku pon habaq la kat budak2 nih. Ada yang setuju dan ada yang berat hati. Pastu aku pujuk la si S nih. Dia x sabaq nak balik sebab nak testing power supply dia. Kemudian dia pon setuju la nak balik esok. Dan kami pon memang konfem balik esok pagi. Huhuhuhu. Pastu makanan kami sampai. Ikan kat sini kalau kita sowh dia wat bakar, dia automatik akan letak petai kalau kita tak cakap taknak. Dah nama pon Restoren Ana Ikan Bakar Petai. Takkan nak letak sawi plak dalam ikan tuh. Aku xtau yang si S ni tak makan petai. Pastu bila ikan sampai dia pon agak kecewa la. Huhuhuhuh. Cian si S nih. Huhuhuhuh. Tapi bila dah makan, tak rasa sangat petai tuh. Huhuhuh. Dia pon balun elok ja ikan tuh. Pastu dah siap2 makan semua, aku pon turun la dulu nak pegi bayaq. Hehehehe. Si S pon nak ikut jugak sebab dia nak tengok harga. Keseluruhan kami makan dan minum harga dia RM 70. Ok la harga tuh. 5 orang makan kan. Puas hati dan kenyang. Sedap pon sedap.


Aku (si K), si Kecil, si S, si A dan si M

Si A dengan 'anak'nya

Dok bagi ceramah

Ceramah lagi

Pastu kami pon cepat2 la pegi ke Kompleks Teruntum sebab kami dah terlambat untuk wayang kami tuh. Heheheh. Kami masuk2 dalam panggung tuh, wayang dah start dalam 10 minit macam tu la. Kami pon tengok la wayang. Habih2 tengok wayang kami pon balik la ke umah si Kecil. Masa dah sampai ke umah si Kecil tuh, adik2 dia lepak kat luaq. Dok sembang2 ngan sepupu2 dia. Kalau hangpa nak tau, sepupu2 dia semua dok keliling umah ja. Huhuhuhu. Dasyat tol. Kami ni punya la segan nak masuk umah dia sebab kami kan nak tidoq kat situ. Huhuhuh. Pastu si S ni gatai plak p sentuh bonet keta Avanza si Kecil nih. Huhuhuhuh. Apa lagi. Berbunyi kuat la dia punya alarm tuh. Bising gila2 la dan kami pon bertambah malu la ngan family si Kecil nih. Si Kecil kuar dengan buat dek je p matikan alarm tuh. Huhuhuhu. Kami pon masuk la dalam umah si Kecil nih. Aku ngan si S tido kat depan tv. Si A dan si M tido dengan si Kecil dalam bilik dia. Pastu hang nak tau x si S ni telah melakukan satu perkara yang cukup memalukan. Ada ka dia p mintak pinjam laptop kat si Kecil nih. Memang muka x malu tol dia nih. Huhuhu. Apa da. Lantak hang la si S oi. Aku nak tido. Pastu bangunnya pagi2 esok, kami pon siap2 la nak balik. Ingat nak ajak si Kecil skali tapi dia dah beli dah tiket bas. Kami makan dulu nasik lemak dan tengok keta elok ke x. Elok tak elok kena jalan jugak macam mana pon. Ari ni, si S akan jadi driver. Aku akan jadi guide je. Sebab aku kan tau banyak jalan. Hehehehhe. Blagak gial tapi ni la kebenaran dia. Hahahaha. Kami pon say goddbye to si Kecil. Sebelum kami bertolak balik ke maktab, si M ada nak jumpa kawan dia lagi. Huhuhuh. Orang lain plak kali nih. Kami pon pegi la Politeknik Sultan Ahmad Shah atau POLISAS. Di sinilah kawan si M ni berada. Terkejut gak kami bila masuk poli ni sebab memang luas dan besar gila2 la. dia punya facilities dia memang lengkap. Dia punya landskap pon lawa. Pas jumpa kawan si M nih, kami pon bertolak la ke maktab. On the way tu, jap biar aku ingat dulu kami singgah kat mana. Hmmm. Mula2 kami singgah kat Sg. Ular sebab bdk2 nih nak tengok pantai. Sg. Ular ni tempat aku wat family day ngan family belah mak aku dulu. Tahun lepas kot. Sini jugak lah berakhirnya riwayat henset Nokia 1100 aku. Huhuhuh. Cian dia. Aku kata dah jangan mandi kolam. Dia diam2 je dok dalam poket suar aku. Tengok dah kiok dah. Huhuhuhu. Xpa la. Kami teruskan perjalanan. Kami lalu kat Kerteh di mana terdapat kilang2 dan loji2 penapisan minyak dan segala la yang berkaitan dengan petroluem atau minyak mentah. Kemudian, kami singgah di Petronas Mesra Mall. Mall ni dah siap tapi x sepenuhnya lgi. Ada Giant dan yang bestnya ada panggung wayang. Tapi tak siap lgi panggung wayang dia. Kalau dah siap, maksudnya ni la panggung wayang yang pertama kat negeri Terengganu. Pastu kami teruskan lagi perjalanan ke maktab. Kami singgah lagi beli jagung rebus kat mana ntah tapi sebelum sampai ke Rantau Abang. Kat pantai Rantau Abang lak, kami singgah kat pantai untuk makan jagung2 yang telah dibeli tadi tu. Sedap la jgk. Pas makan kami pon teruskan perjalanan.


Di Rantau Abang

Di Rantau Abang

Sampai la kami ke daerah KT. Mula2 kami singgah di Masjid Tunku Badariah kot nama dia. Masjid ni masjid terapung. Masjid ni terletak kat Chendering.


Di Masjid Tunku Badariah di Chendering

Kami tak masuk lagi bandar KT. Kami solat kat sini dan lepak2 jap. Pastu kami pon jalan la. masuk bandar KT ja, aku dah lupa jalan. Kami pon main hentam ja la jalan mana2 pon. Pastu aku dah dapat catch up balik dia punya jalan. Heheheh. Kami pon singgah la di Giant KT untuk makan. Bdk2 pempuan pegi kuar duit dulu dan aku serta si S pon jalan2 la dulu kat Giant tuh. Pastu kami naik atas dulu sebab dah plan nak makan Pizza Hut. Masa kami kat atas tu, jumpa dgn Encik Asri iaitu lecturer PJ kat maktab kami. Dia kenal la dengan kami. Heheheh. Kami pon sembang la skit2. Dia nak p antaq anak dia kat Imtiaz KT. Dia pon dok makan gak time tuh tapi kat kedai lain la. Kami tunggu bdk 2 ekoq tu lambat nak mampus. Hangpa nak tau depa p mana? Depa p kedai cd p tengok cd jepon la plak. Menyampah tol aku. Sangap sangat ngan cita jepon nih. Huhuhuuh. Biaq je la. Jangan sampai menyusahkan aku dah la. Heheheheh. Pastu kami pon order la nak makan apa. Aku makan je apa2 pon. Janji kenyang sudah. Pastu dah order2 tu, kami pon sembang2 la.


Sembang-sembang

Sembang pasal apa pon aku dah x ingat dah. Yang aku tau mesti pasal benda yang berilimiah la kan. Dah naik degree kan. Hahahahah. Pastu piza pon sampai dan kami pon makan la. Huhuhuhuhu. Pas2 makan tuh, kami pon bertolak balik la ke maktab. Time tu dah pukul brapa ntah. Aku pon x ingat dah tapi lebih kurang kul 5 lebih kot. Patutnya kami dah sampai maktab dah tapi sebab banyak sangat singgah, so lambat la kami. Xpa. Bukan ada apa pon kat maktab tuh nak balik cepat2. Hahahahah. Aku pon terus menjadi guide kepada si S yang menjadi driver. Pastu sampai kat satu tempat tuh, kat mana ntah, si S ni sowh aku plak bawak. Ini adalah disebabkan hari dah malam dan keta mula bukak lampu. Si S ni plak rabun silau, so dia x boleh la nak bawak keta malam2. Depan skit daripada Instep kot. Aku pon bawak la keta tu dengan selambanya. Masa dok bawak tuh ,budak2 tu lantik aku jadi bapak. Hahahahaha. Layak ka aku jadi pak hangpa semua. Depa semua jadi anak aku la kiranya. Si S jadi kak ngah. Si S dan si M, berebut nak jadi anak bongsu. Huhuhuhu. Apa da. Pastu kami pon sampai la ke Besut. Masa kami mula2 sampai tuh, kami p order burger Meso dulu. Pastu p solat kat masjid Kg. Raja. Solat isyak skali. Pastu kami p jalan2 kat Kuala Besut dan pusing kot Kampung Nail ngan Kampung Cawat tuh. Pas pusing2 kami pon p la amik burger. Pastu, kami pon balik la ke maktab kami. Huhuhuhu. Akhirnya sampai jugak kami ke maktab kami ni. Punya la lama kami dok travel. Kami straight p hantaq keta kat abg D dan kira harga. Pas2 kira tuh, kami pon pelik la yang kenapa dapat murah sangat. Tak pa la. mungkin rezeki kami kot. Hehehehe. Kami pon balik la ke blok masing2 dan masa nak balik tuh, baru aku ngan si S ni perasan yang kami tersilap kira dengan abg D. Patutnya kami tambah lagi RM80 kat dia. So, kami naik atas dulu antaq barang dan si S turun balik ke koop untuk bayaq balik duit tuh. So, berakhirlah kisah kami p ke Kuantan tempoh hari.

Sebelum aku tutup kisah ni, aku kat sini nak ambik kesempatan untuk mintak maaf kepada kawan2 yang ikut dan juga kepada yang tak dapat ikut. Yang tak dapat ikut tu, aku harap yang trip kali tak akan dapat mencipta jurang antara kita semua. Walaupun aku nampak ada jurang, tapi aku harap kita boleh sama2 tolong rapatkan balik jurang tu. Aku taknak jurang tu ada langsung. Aku harap hangpa semua boleh paham kot no. Lain kali kita boleh buat lagi trip yang best2 sama2. Sebelum aku say goodbye to my fren, aku sertakan gambaq2 kami p Kuantan. Terima kasih kawan2. Harap dapat jumpa hangpa semua lagi sem depan.

2 comments:

  1. JUST NK BT CORRECTION....

    nama masjid tu bukan Masjid Tunku Badariah..setahu sy xpernah ada masjid nama cmtu kt K.Trg..

    Nama masjid tu Masjid Tengku Tengah Zaharah or lebey glemer dgn nama Masjid Terapung...

    Sekian, Wallahuallam...

    ReplyDelete
  2. the mostly handsomeJune 17, 2009 at 7:15 AM

    perhhhhh..kapten..lulus 2 lulus gak..tapi mananya upah cek keta..hahhaha

    ReplyDelete