Sekiranya kamu dapati dirimu mencintai
seseorang yang tidak membalas cintamu,
janganlah merasa tersisih. Tiada salahnya
mencintai seseorang kerana cinta tidak memilih
untuk singgah di hati sesiapa pun; Cuma cinta itu
tidak memilih untuk singgah di hatinya.
Sekiranya kamu dicintai oleh seseorang yang
tidak kamu cintai, anggaplah ia satu
penghormatan buat dirimu. Kembalikan
penghormatan itu dengan cara yang ikhlas dan
jujur. Jangan ambil kesempatan dan janganlah
melukakan. Setiap hati dan perasaan mengalami
kepedihan dan kebahagiaan yang serupa
sekalipun cara kita mengendalikannya berbeza.
Sekiranya kita bercinta dengan seseorang yang
begitu mencintai diri kita, dan tiba-tiba cinta itu
memilih untuk pergi, tiada siapa yang harus
dipersalahkan. Relakanlah saja cinta itu pergi
kerana setiap yang berlaku ada maksud yang
tersembunyi dan kita akan menyedarinya apabila
masa silih berganti.
Kerana cinta itu sendiri akan memilih untuk
singgah di hati sesiapa pun, kamu hanya perlu
menerima kehadiran cinta dengan segala misteri di
dalamnya apabila ia datang mengetuk pintu
hatimu. Nikmatilah ia sebagaimana ia membuat
hidupmu bahagia.
Cinta sentiasa dan selamanya akan menjadi
misteri. Bersyukurlah kerana ianya pernah singgah
di hatimu
How To Work With Private Variables In Es6?
4 months ago
No comments:
Post a Comment